Kursus ini dijalankan untuk memohon Permit C dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selain untuk menambah pengkhususan bidang pendaftaran kontraktor CIDB (CE 20) disamping dapat menambahkan pengetahuan kontraktor dalam bidang Pemasangan Sistem Retikulas Bekalan Air.
Kursus ini berlangsung selama dua hari dan telah dihadiri seramai 15 orang peserta. Kursus ini disampaikan oleh Engr. Mohammad Ghazi Bin Haji Ismail.