Latar Belakang

Pengenalan

HNG BERKAT ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN.BHD. telah ditubuhkan pada 10 Jun 2010 dan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera. Perniagaan ini beroperasi di alamat PT 682, Tingkat 1, Kg. Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini melaksanakan Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) - CIDB.

Syarikat ini diuruskan oleh Mohammad Ghazi Bin Ismail dan Nur Farhana Binti Che Lah, yang merupakan pengarah-pengarah yang berkarisma dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembinaan. Syarikat ini juga mempunyai warga kerja yang komited terhadap kerjaya mereka dan kemajuan syarikat.

Syarikat HNG BERKAT ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN. BHD. ini bergiat aktif dalam kerja-kerja Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) - CIDB. dan secara berterusan mencari peluang perniagaan dan hubungan perdagangan dengan syarikat-syarikat yang berminat dari dalam dan luar negara untuk meluaskan bidang perniagaan yang sedia ada serta meningkatkan lagi perkhidmatan syarikat ini supaya lebih berdaya saing.

Syarikat ini ditubuhkan dengan hasrat dan inspirasi ianya akan berkembang maju dan menjadi sebuah perniagaan yang mempunyai daya saing yang kental dalam mengharungi dunia perniagaan yang mencabar pada era ini. Selain itu, kami berharap melalui perniagaan ini, kami dapat mengukuhkan sistem fizikal, sosial dan ekonomi negara seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara.

Objektif
  • Membentuk asas yang kukuh untuk menjamin pulangan pendapatan yang berterusan dalam setiap PLBK yang akan dilaksanakan oleh syarikat tanpa mengabaikan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan.
  • Memberi tumpuan dalam perniagaan yang ada dan mempelbagaikan konsep program pembangunan kontraktor dengan mengintergrasikan konsep pembangunan seperti sedia ada dengan kerjasama CIDB.
Visi
  • Membangun sebagai peneraju utama dalam penyediaan Latihan Bertauliah Kontraktor.
  • Membangun dan menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) di Negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya.
Misi
  • Membangun sistem pembangunan dan pengurusan kontraktor dengan mantap, berkualiti dan selaras dengan keperluan masa hadapan.
  • Pengukuhan pengetahuan dan modal insan bagi anggota syarikat.
  • Pulangan yang berterusan untuk mengukuhkan dan menstabilkan syarikat serta membuka ruang dengan perancangan yang lebih sistematik dan efisyen.
  • Menyediakan produk dan perkhidmatan pembangunan dan pengurusan kontraktor secara berkualiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan