Khamis, 22 Mei 2014

KURSUS SISTEM BEKALAN AIR (PAKAR) BULAN APRIL 2014

Kursus Sistem Bekalan Air (Pakar) dijalankan adalah bertujuan untuk menambah pengkhususan bidang pendaftaran disamping dapat digunakan untuk memohon Permit C dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selain untuk menambahkan pengetahuan kontraktor dalam bidang Sistem Bekalan Air. Sebanyak dua kali kursus ini dijalankan pada bulan April yang lalu. Kursus Sistem Bekalan Air (Pakar) berlangsung selama lima hari.

Pada 13 April 2014 hingga 17 April 2014 seramai 25 peserta menyertai Kursus Sistem Bekalan air ini yang terdiri daripada 23 orang lelaki dan 2 orang wanita. Seramai empat orang daripada Gred Daftar CIDB G3, empat orang dari Gred Daftar CIDB G2, 14 orang daripada Gred Daftar CIDB G1, dua orang daripada Gred Daftar BW 10, dan satu orang yang belum mempunyai Gred Daftar CIDB. Kursus ini dipimpin oleh seorang tenaga pengajar iaitu Engr. Mohammad Ghazi Bin Hj. Ismail.

Manakala pada 27 April 2014 hingga 1 Mei 2014 pula seramai 26 peserta menyertai Kursus Sistem Bekalan air terdiri daripada 23 orang lelaki dan 3 orang wanita. Seramai lima orang daripada Gred Daftar CIDB G7, satu orang dari Gred Daftar CIDB G6, enam orang daripada Gred Daftar CIDB G5, dua orang daripada Gred Daftar CIDB G4, satu orang daripada Gred Daftar CIDB G3, dan sebelas orang daripada Gred Daftar CIDB G1.

Selama kursus ini berlangsung, para peserta didedahkan dengan ilmu yang berkaitan secara teori khususnya dan juga dibawa ke Loji Rawatan Chica sebagai pelengkap kepada tentatif kursus. Kursus ini juga menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat peserta seperti taklimat, kerja berkumpulan, pembentangan dan sesi soal jawab.