Sabtu, 25 April 2015

Penangguhan Kursus Keselamatan Bangunan (E02) di Al Fateh Service Centre, Bukit Mertajam

Dukacita dimaklumkan bahawa Kursus Keselamatan Bangunan (KK-T-026) yang dijadualkan berlangsung pada 25 - 28 April di Al Fateh Service Centre terpaksa di tunda kepada 15 - 19 Mei atas sebab yang tidak dapat di elakkan.

Pihak HNG Berkat Engineering & Construction Sdn Bhd memohon maaf atas kesulitan ini dan berharap pihak tuan / puan dapat menghadiri kursus pada tarikh yang baru di beri.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 19 April 2015

Kursus Keselamatan Bangunan (E02) di Al Fateh Service Centre, Bukit Mertajam

PENGUMUMAN:

HNG Berkat Engineering & Construction Sdn, Bhd. akan mengadakan Kursus Keselamatan Bangunan (KK-T-026) pada 25 hingga 28 April 2015 bertempat di Al Fateh Service Centre, Bukit Mertajam.

Kursus ini menawarkan 40 mata CCD dan peserta yang lulus ujian akhir akan diberikan sijil SKP yang boleh digunakan untuk menambah bidang pengkhususan. Modul dan makanan disediakan semasa kursus.

Kepada kontraktor yang berminat untuk menyertai kursus tersebut boleh menghubungi kami di 09-7748311 / 09- 7746311 atau boleh terus SMS nama peserta, nombor IC, nama syarikat dan nombor telefon ke 01129282155.


Berikut adalah surat tawaran kursus:



Khamis, 16 April 2015

Kursus Kerja Jalan (CE01)

Pada 10 hingga 14 April yang lalu, HNG Berkat Engineering & Construction Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Kerja Jalan (CE01) bertempat di BK301, Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. Kursus yang disertai oleh 20 orang kontraktor dan wakil kontraktor tersebut merupakan titik permulaan untuk HNG Berkat Engineering & Construction Sdn Bhd mengdakan lebih banyak kursus di luar Kelantan di masa yang akan datang.

Berikut adalah momen yang sempat di rakam semasa kursus tersebut berlangsung:






















Khamis, 2 April 2015

Kursus Kerja Jalan di UMT, Terengganu

PENGUMUMAN:
HNG Berkat Engineering & Construction Sdn, Bhd. akan mengadakan Kursus Kerja Jalan (KK-T-022) pada 10 hingga 14 April 2015 bertempat di Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. 
Kepada kontraktor yang berminat untuk menyertai kursus tersebut boleh menghubungi kami di 09-7748311 / 09- 7746311 / 0179391715 atau boleh terus ke pejabat kami untuk pendaftaran dan pembayaran deposit.

Berikut adalah surat tawaran kursus:


Rabu, 1 April 2015

Kursus Kerja Bangunan - Pengubahsuaian (B28)

Pada 30 dan 31 Mac yang lalu, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) cawangan Kelantan dengan kerjasama HNG Berkat Engineering & Construction Sdn Bhd telah menganjurkan satu kursus iaitu, Kursus Kerja Bangunan - Pengubahsuaian (B28). Kursus selama 2 hari ini menawarkan 20 mata CCD dan diadakan di Perpustakaan Az-Zahra, Telipot, Kota Bharu. Kursus ini telah di hadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada kalangan kontraktor atau wakil kontraktor dari pelbagai gred.

Berikut adalah beberapa momen yang sempat di rakam sepanjang kursus berlangsung: